Tuesday, August 17, 2010

Kuih Akok


I gunakan resepi sumbangan Zaliana @ MyResipi seperti dibawah:
KUIH AKOK
Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan (I gunakan pati santan dalam kotak)
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera (I cuma gunakan gula putih sahaja. sukatan yang I gunakan 1/3 cawan, dilebihkan sedikit)
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat (I bikin akok kaler ijo, gunakan emulco pandan sebab tak ada stok daun pandan)
  • 2 cubit garam halus
Cara-cara:
1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.


Akok sedang dibakar (dlm oven) menggunakan acuan muffin (shallow mould).


Tuesday, March 09, 2010

Agar-agar Marble


I tak dapat cari nota resepi yang ditulis oleh kak Yosh pada lamannya. Hehh..pertama, kes malas nak taip balik la ni, dan akhirnya, terpaksalah juga I taipkan semula resepi Agar-agar Marble ini. kedua, I ada buat sedikit alteration pada resepi asal (kerana sewaktu bikin agar-agar ini I tidak merujuk resepi, ingat-ingat dan buat sahaja) jadi, kalau ada resepi asal yang diperoleh daripada Kak Yosh tu, dapatla dijadikan catatan tambahan.

Ok, jom kita mulakan.

AGAR-AGAR MARBLE 
(kalau tak silap, Kak Yosh menulis nama hidangan ini 'puding marble')

Bahan-bahan:
A)
1 bungkus agar-agar (strips) cap burung layang-layang (atau apa jua pilihan y'all)
direndam/dilembutkan dan direbus dengan 1000ml (1 liter) air sampai hancur.


B)
400 ml air
7 keping roti sandwich (I gunakan Gardenia) -jika lebih, bancuhan akan jadi lebih pekat.
* carik dan celup roti dalam air, kemudian kisar sampai halus.

C)
250 gm coklat masakan dipotong dadu kecil-kecil
1 sudu kecil serbuk kopi segera atau nescafe
3/4 cawan susu cair
Gula ikut citarasa
* Dicampur kesemuanya dan dipanaskan atas dapur dengan api kecil sampai coklat cair.

D)
Susu cair  dan gula secukupnya mengikut citarasa untuk dicampur kedalam bahan (A) kemudian nanti.

Caranya:
1. Satukan bahan roti yang telah dikisar (B) kedalam agar-agar (A). Pastikan bancuhan agar-agar masih panas sebab proses nak 'marbling' akan memakan masa skit. Kalau tak tangkas nanti agar-agar cepat sejuk dan tak menjadi pula corak marble tu.

2. Bahagi kepada dua  bahagian.
Satu bahagian agar-agar dibancuh dengan bahan coklat cair (C).
Manakala satu bahagian lagi ditambah bahan susu cair dan gula secukup rasa (D).

3. Ambil acuan atau loyang, sendukkan adunan putih (susu) dan coklat secara berselang seli. Kalau mahu corak yang sekata, adunan biar sama banyak (gunakan senduk yang sama saiznya). Tuang adunan agar-agar yang pertama DI TENGAH-TENGAH loyang/acuan. Diikuti lapisan coklat diatasnya, diulang-ulang sehingga bancuhan habis.

Hasilnya akan dapat begini.

Sejukkan agar-agar sehingga keras sebelum dihidangkan. Enak dimakan dingin.

Bila dipotong begini, macam kek la pulak...

Notakaki:
1. Bahan (C) boleh digantikan dengan bancuhan serbuk koko atau milo bersama susu dan gula. Juga tambahan pes coklat (chocolate emulco) jika ada. ATAU coklat Cadbury! wooowww!

2. Kalau bancuhan terlalu pekat, agar-agar akan cepat mengeras, dan hasil corak marble-nya tidak akan menjadi begitu cantik.

Selamat Mencuba!

Thursday, March 04, 2010

Sambal Totok / Tutok


Dalam berborak tentang sambal belacan, samada kawan-kawan suka yang dimasak atau tidak dimasak (cooked or uncooked), timbul pula tentang sambal totok atau tutok ini. Ya ampuuunnn...sekalian usia I, udah sering kok makan sambelnya ini. Tapi namanya sih, ngga tahu! HAHAHA

justeru, I update dulu resepi dan gambar sambal totok yang dibikin tadi siang, dan tinggal dulu resepi dan gambar sambal belacan gwe minggu lalu. Pastinya, I terlewat berbanding Puan Dyla yang terus menerus tepek resepi sambal totok turun temurun dari bondanya disini | Resepi Sambal Tokok.

Ini dia, si jali jali...oh bukan, ini dia si sambal totok / tutok.


SAMBAL TOTOK atau TUTOK

Bahan:
1 cawan Ikan bilis
1 biji bawang besar (tak besar sangat pun...)
4 biji Bawang merah
2 biji bawang putih
Cili api ikut citarasa tahap mampu tahan pedas y'all
1 biji Lada besar merah
Belacan
*Garam, gula, asam jawa atau (dan) asam limau kasturi

Semua bahan diatas kecuali bertanda * hendaklah dihiris dan digoreng terlebih dahulu. I goreng ikan bilis berasingan terlebih dahulu, kemudian bawang dan lain-lain goreng sekali.

Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk ikut suka hati, kalau suka lumat, ya, lumatlah. kalau tidak...aiiiee..ikut sukahati y'all lah!

Kemudiannya, perahkan asam limau kasturi, tambahkan garamd an gula ikut sedap yang y'all suka juga.
senang kan?





My other version, ini yang sering I nikmati sejak kecil sampai dewasa,
dah siap-siap bahan ditumbuk, I masak/tumis lagi dan kali ini gunakan asam jawa dan bukan asam limau kasturi. perasakan dengan garam dan gula. 
 
Ini versi yang dimasak/ditumis sekali lagi.

kalau mahu basah, boleh tambah air (jadinya: sambal tumis).

Dulu, masa di sekolah berasrama, mrs. Mak memang sering bawa sambal totok / tutok ni sebagai bekal. yeww see, minyaknya memang banyakkan? tapi minyak itulah yang akan preserve sambal tu agar tidak mudah rosak meskipun tidak disimpan didalam peti sejuk. Macam acar buah (Johor style). So, kalau nak makan, janganlah ambil minyaknya, ambil sambal sahajalah. Makan dengan roti boleh, dengan pulut pun sedap, ubi kayu dan ubi keledek rebus,lempeng dan cucur pun sedap!


Dan petang tadi I buatkan Cucur Lemak Manis ni sebagai peneman sambal. aduuuhhhh!! Bak kata Puan Dyla, tak payah tunggu hujan turun pun dah cukup  menyelerakan! Bahannya, seperti biasa membuat cucur yang pasti bahan asasnya adalah tepung gandum. Lain daripada tu I masukkan kelapa parut dan susu pekat manis. Anak-anak pun suka, tak perlulah diaorang makan dengan sambal. Naya ooii!!

I kalau hidangan seharian tak ada sambal, tersangatlah berasa kekurangannya. Cemplang! Adanya sambal, biar hidangan paling simple contohnya masak bening cekak manis dengan betik muda dan daun kunyit serta ikan masin sahaja sudah cukup buat I 'kemecerrrr'. 
Apa lagi...? makanlah sampai meleleh!!

Laporan tentang sambal Tutok dari kaawan-kawan:
Gaban kat sini.
Dyla kat sini.

Sesiapa yang dah try buat sambal tutok dan punya laporannya, sila tinggalkan permalink ti comment box, ya! thanx.

Wednesday, February 24, 2010

Onde-onde berinti kacang hijau.

Ini antara kuih kegemaran I (errr...kebanyakan kuih Melayu semuanya kegemaran I) hehehh
I panggil Kuih Bom, dulu tak tahu kenapa dipanggil sebegitu namanya, cuma berfikir mungkin kerana saiznya yang gabak besau lalu dipanggil begitu. Bila bikin sendiri baru tahu kenapa...

kuih ni boleh malatop dalam kuali sewaktu digoreng. Gituler gamaknya, bagaiman ia mendapat nama Kuih Bom. Nama lain Onde-onde.

ONDE-ONDE / KUIIH BOM

Bahan untuk inti:
(Ikut pilihan masing-masing, boleh buat inti kelapa, kacang merah atau kacang hijau. Kalau ada lebihan bubur kacang hijau pun boleh digunakan juga)

1 cawan Kacang hijau (direndam semalaman, direbus sehingga lembut)
Gula pasir dan gula merah atau kabung secukup rasa
Air secukupnya

*Inti sebaiknya disediakan lebih awal dan disejukkan sebelum dibentukkan bulat-bulat.

Kacang yang sudah direndam, direbus sehingga empuk. Buang lebihan air rebusan, tambahkan gula. Jika masih basah, panaskan atas api sehingga pekat. Sejukkan.

Bahan untuk doh:

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gamdum
1 sudu kecil air kapur (boleh ketepikan jika tiada)
sedikit garam
3/4 cawan air (lebih atau kurang)

Bancuh kesemua bahan doh sehingga tidak melekat di tangan.
Bentukkan bulat-bulat, Saiz setiapnya biar cukup untuk diisikan dengan inti tadi.
Leperkan sebiji doh, isikan dengan inti dan kemaskan / tutup inti tadi.
Golekkan atas bijan sehingga menyelaputi keseluruhan bebola kuih.

panduan:
sebaiknya kuih terus digoreng setiap kali siap digolek atas bijan.
Minyak jangan terlalu panas. Dan jangan pula tidak cukup panas kerana nanti kuih akan menyerap minyak.
Kuih mesti digoreng terendam (deep fry).
Boleh disimpan sejuk-beku selepas digoreng separuh masak.



cooking: My Way   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP